Tuesday, September 1, 2009

reformasi generasi muda UMNO


Hari ini kita gendong hasrat YAB Presiden UMNO untuk “ Memacu Minda Melayu” yang mahukan kita mendepani rintihan rakyat. Merasai denyut nadi rakyat. Mengembalikan keyakinan seluruh nadi melayu UMNO. Kepimpinan 3 sayap dituntut untuk mengubah andaian, tanggapan dan persesi kebanyakan masyarakat yang dikatakan kita menyimpang dari roh dan semangat asal perjuangan UMNO. Kita umpama kadok naik kejunjung pada persepsi rakyat dan akhirnya rakyat telah membuat pilihan pada pru 12.

Seluruh umat Malaysia terutamanya Selangor sedang bereksprimen, melihat, memerhati selama 16 bulan pakatan rakyat memerintah. Kita kena ambil peluang tatkala rakyat melihat pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya melayu umpama “ Pahlawan kuda kepang yang terhangguk-hangguk ditunggang orang bangsa lain”. Melayu PAS dan Melayu PKR hanya menjadi pejuang kerdil yang sentiasa disorong ke depan sedangkan yang membuat keputusan adalah DAP. Ini harga yang perlu diinsafi dan tugas kita membuka minda bawah sedar segelintir melayu yang taksub sehingga buta hati, buta perasaan menjadi alat dan tunggangan orang lain.

Hari ini rakyat terutamanya golongan muda disuapkan dengan reformasi yang dizahirkan dalam ruang lingkup akal fikiran yang sempit. Reformasi bentuk demostrasi dijalanan. Rakyat yang lahir pasca Dasar Ekonomi Baru 1971 yang diberi peluang menguasai pendidikan tinggi dan berpeluang memiliki keistimewaan ekonomi yang disediakan kerajaan, diajak menuntut kononnya mahukan reformasi.. Apa reformasi yang mereka mahukan ? Golongan yang mengaku kononnya reformis ini sebenarnya lupa bahawa UMNO telah melakukan pelbagai peringkat reformasi sejak 50 tahun yang lampau. Dan mereka reformis ini berjaya dalam kehidupan kerana reformasi yang dilakukan oleh UMNO. UMNO tidak mengajak rakyat melalui reformasi secara jalanan. UMNO menuntut kemerdekaan pun bukan melalui jalanan tetapi rundingan yang berhemah lambang kekuatan budaya, budibahasa dan kesusilaan melayu. UMNO yang melaksanakan reformasi pendidikan daripada hanya menfokuskan pendidikan untuk melahirkan manusia “Thinker” kepada reformasi lebih besar kearah melahirkan sumber teknikal seiring dengan arus kemajuan negara. UMNO yang melakukan reformasi budaya dan ekonomi sehingga kita menuju negara maju 2020.Kita melakukan reformasi digital dan ICT. Pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional yang melakukan reformasi Selangor maju 2005. Anwar dan konco-konconya sebenarnya nak reformasi apa ?

No comments: